Saturday, January 18, 2014

Evolusi Telefon Mudah Alih

Telefon mudah alih kini seperti telah menjadi alat keperluan harian bagi setiap orang. Perhatikan saja orang yang anda jumpai dimana2. Kemungkinan besar telefon mudah alih sentiasa berada disisi tak kira di poket seluar atau poket kemeja mereka. Namun tahukah anda bahawa perjalanan telefon telah menempuhi proses evolusi selama 70 tahun? 

1. SCR-194 (1938)


Alat komunasi ini adalah 'pembantu' telefon. SCR-194 dan SCR-195 adalah radio AM portabel pertama di dunia. Ia dibuat oleh US ARMY Signal Corps Engineering Laboratories di Fort Monmouth, New Jersey. Alat yang dipandang sebagai walkie talkie pertama itu beratnya sekitar 11 kg dan berdaya jangkau 8 km.


2. SCR-300 (1940)




3. SCR-536 (1942)


Motorola menghasilkan 'handie talkie' ini untuk AS, sebagai pengembangan dari dua alat komunikasi dahulu. Dengan menggunakan teknologi radio AM, SCR-536 beratnya jauh lebih ringan,iaitu hanya 2.27 kg dengan daya jangkau sepanjang 1.6 km.


4. MTA (1956)


Mobile System A (MTA) ini adalah peranti komunikasi Ericsson dan digunakan oleh Sweden. Beranya adalah 40 kg atau sama berat untuk 300 unit telefon iPhone


5. DYNATAC (1973)



Motorola membuat prototaip telefon mudah alih Dynamic Adaptive Total Area Coverage (DYNATAC) sebagai telefon peribadi praktikal pertama. Di gambar, bekas Naib Presiden Motorola Martin Cooper sedang menelefon pesaingnya dari Bell Labs, Joel S Engel.


6. DynaTAC (1983)



Sepuluh tahun selepas kemunculan prototaip DynaTAC, Motorola mulai memasarkan telefon ini ke pasaran. Dengan berat 0.9 kg, DYNATAC bekerja di rangkaian teknologi AMPS, perkhidmatan khidmat analog generasi pertama di Amerika Utara.


7. MicroTAC (1989)



Motorola memperkenalkan MicroTAC yang merupakan model telefon flip pertama di dunia. Desain ini mengurangkan saiz telefon apabila tidak digunakan. Dengan ukurannya yang kecil. MicroTAC juga merupakan telefon bimbit pertama di dunia.


8. StarTAC (1996)



Motorola kemudian melancarkan telefon clamshell pertama bernama STARTAC yang boleh dilipat seperti cengkerang kerang. Menurut Motorola, telefon ini mendapat inspirasi oleh peranti komunikasi yang muncul pada filem siri Star Trek.


9. Communicator (1997)



Nokia 9000 Communicator adalah telefon yang membawa pengguna memasuki era telefon pintar atau smartphone. Dengan design clamshell-nya.telefon ini,telefon pertama menyediakan paparan LCD serta papan kunci QWERTY yang kukuh.


10. Benefon (1999)



Geosentric merupakan syarikat penjual telefon yang pertama yang membuat telefon yang berintegrasi dengan peranti GPS.Malah bukan itu sahaja, telefon bernama Benefon ini tahan percikan air, dengan menggunakan greyscale, serta menyediakan peta untuk mengesan kedudukan dan pergerakan pengguna.


11. VP-201 (1999)



Di Jepun, Kyocera melancarkan telefon VP-201 yang merupakan telefon pertama yang memiliki kamera terintegrasi.


12. BlackBerry 5810 (2002)



RIM melancarkan peranti BlackBerry pertama yang berintegrasi dengan telefon. Ini adalah telefon yang mensasarkan pengguna profesional yang memerlukan perkhidmatan e-mel dan penyesuaian jadual. Kelemahannya, peranti ini tidak mempunyai speaker dan mikrofon.


13. iPhone (2007)



Steve Jobs mulai mengenalkan Apple iPhone pada 2007, sebuah telefon pintar revolusi yang menggunakan skrin sentuh sekaligus mengadaptasi teknologi 3G.


14. HTC EVO 4G (2010)


Alat ini adalah pengganti SCR-195. Dibuat oleh Motorola, SCR-300 merupakan radio FM mudah alih yang digunakan oleh pasukan bersekutu pada perang dunia II. Beratnya antara 14-17 kg, dengan radius rangkaian



Telefon ini adalah telefon pertama yang mengandungi standard 4G, dan beroperasi dalam rangkaian WiMAX. Dengan sistem operasi Android 2.1, ia merupakan telefon skrin paling besar, kamera 8 MP, perakam video definisi tinggi, keluaran HDMI, ciri Mobile Hotspot, dan antara muka HTC Sense.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...