Wednesday, May 4, 2011

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.




2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.

Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan.

Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya.

" Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah.

Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Monday, May 2, 2011

Cara mengetahui juzuk al-quran melalui matematik


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama-sama kita belajar...


Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Sama-sama kita sebarkan keajaiban al-quran ini... 

Sunday, May 1, 2011

18 wanita Teristimewa(mesti baca)


1- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat


2- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil


3- Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya


4- .Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


5- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


6- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


7- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yaqut/permata


8- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


9- Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


10- Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.


11- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.


12- Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


13- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

14- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.


15- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


16- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


16-Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tuala perak.


17-Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.


18-Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

35 Design Lampu yang Unik dan Kreatif

1. Coin Lamp


Lampu ini di design oleh Jethro Macey. Sesuai namanya,masukan Coin dulu baru boleh nyala. Hmmm unik juga yaa seperti Game Ding-Dong yang harus pakai coin.




2. Mushroom lamp


Bentuknya menyerupai cendawan. Lampu ini cukup jimat elektrik kerana hanya menggunakan bateri berkuasa 4AA. Harganya dalam $12. Siapa mau beli???




3. Titanic Lamp


Si pembuat, Charles Trevelyan mendapat insipirasi dari film titanic, sehingga lampunya menyerupai kapal titanic yang mula tenggelam..



4. Torn Lighting



Di design oleh Billy may, sangat elok untuk menyembunyikan lampu pada dinding. Di design cukup unik agar bercantung dengan dinding sehingga bulb lampu tidak nampak...



5. Alien Abduction Lamp


Designnya ialah Lasse Klein. Dari namanya saja sudah kelihatan lampu ini dibuat mirip adegan Alien menculik/mengambil benda-benda hidup yang ada di bumi ke pesawatnya. Tapi sayang, lampu ini baru pada tahap konsep dan belum diproduksi lagi..



6. Abyss table lamp


Lampu ini sangat unik, didesign menyerupai usus yang berliku-liku. Lampunya menggunakan warna putih sehingga tampak bersinar terang dan semakin membuat bentuk lampu tampak elegan.sesuai diletakkan di meja samping sofa. Lampu ini berharga sekitar $500.




7. Sliced-Lamp


Lampu ini di design dengan memotong sebuah lampu meja lama (bekas) dan memasukkan lebih dari 40 perspex plates (piring) diantara potongannya. Didesign oleh Studio Mango (Belanda).



8. The colgao


Lampu menyeramkan ini didesign di Studio Enpanza yang ada di Spanyol. Designnya seperti hukuman gantung atau orang yang digantung (Dalam bhs spanish = The colgao) dari atas tiang gantung lampu secara horizontal. Unik yaa tapi seram jugaa yaa...



9. Chain Lamp



Didesign oleh Iliara Marelli yang difungsikan sebagai lampu meja tulis. Dibuat dari bahan alumunium dan dilengkapi dengan 4 buah lampu putih yang terang (1-watt), lampu ini bebentuk lipatan yang menyambung sebagai suatu titik berat cahaya ketika digunakan..

Ketika lampu ini ditutup/dilipat penuh, tingginya cuma 2.75 inchi. Sedangkan jika dibuka secara penuh, tingginya mencapai 22 inchi . Harganya ''lumayan'' mahal, iaitu $592.



10. Hurdle lighting


Di design oleh orang korea iaitu Lee Suk Woo dan Byeon Dong Jin, mereka mendapat penghargaan Special Mention tahun 2007 Lightouch Design Competition di Singapura.

Lampu  ini mempunyai struktur cahaya yang di design secara horizontal dan vertikal seperti lampu meja. Sebuah sensor diletakan bagaimana lampu tersebut diposisikan dan mengoperasikan cahaya sesuai dengan posisinya. sesuai untuk baca buku, komik atau majalah secara fokus...



11. Stacked Rock Lamp


Batu-batu disusun secara teratur pada sebuah tiang  lampu, sehingga menghasilkan cahaya yang berpancar ke arah bawah yang tepat seperti sebuah air terjun. Harganya $119.



12. Troja arc lamp



Lampu ini cukup besar dan memberikan cahaya dengan kualiti tinggi. Designnya sederhana namun modern. Diperlukan ruangan yang cukup luas jika ingin memilikinya. Namun apa hubungannya ya dengan Troya?



13. The Ociu Light


Lampu ini berukuran besar kerana mempunyai diameter sebesar 185 cm.Terdapat dalam 2 warna iaitu putih dan hitam. Arti kata "OCIU" adalah "Pay attention (Mohon perhatiannya)" sebagai peringatan agar anda tidak mengabaikan barang besar ini.



14. One Man Shy Lamp


Untuk menyalakan lampu ini adalah pada Mr.P,,Lampu yang menyinari di gambarkan dalam bentuk kepala manusia namun ditutupi oleh sebuah penutup lampu. Tingginya 13-inch dan menggunakan lampu berkuaasa 15-watt. Harga lampu ini sekitar $99.



15. Desktop Grenade Lamp


Nama dan model lampu ini cukup cunn.. Yang belum pernah pegang bomm, inilah saatnya untuk beli lampu ini. Tombol pemicu bom difungsikan sebagai suis untuk menyalakan dan mematikan lampu. Harganya  $139.



16. The Nymph


Lampu ini cukup luar biasa mewah dalam bentuk serangga. Untuk sebuah lampu, Mempunyai banyak kaki seperti serangga pada umumnya , membuat daya tarik sendiri buat yang melihatnya. Di design oleh Brooklyn-based interior and furniture design company, lampu ini berharga $2600...



17. Fiat Lux Lamp



Lampu ini adalah design terakhir dari Cate Hogdahl & Nelson Ruiz-Acal dan masih dalam tahap produksi, segera akan dipasarkan.

Fiat Lux mempunyai makna "let there be light”, namun dari gambarnya tidak menunjukkan keistimewaan sebagai sumber cahaya yang menyinari dengan kuat, kerana lampu ini memang direkan untuk baca buku atau sebagai lampu tidur.



18. The Light Drop



Di design oleh orang Brazil yaitu Rafael Morgan yang mempunyai ide baru dalam pendesignan lampu-lampu rumah. Mirip air yang jatuh dari paip...


19. Gilda



Di design oleh Arturo Alvarez. Bahan yang digunakan cukup unik dan terbilang baru iaitu "italian glass tiles" atau Ubin kaca Italia. Pembuatan lampu di design dengan 2 lapisan penutup iaitu kaca persegi putih atau hitam. Ada yang versi deluxe, dengan ditambahkan ke dalam bentuk lampunya emas 24 karat.



20. Good Night Eileen


Di design oleh Christine Birkhoven yang terinspirasi oleh lampu tangan model kuno yang bisa dibawa kemanapun. Menggunakan teknologi lampu LED, lampu ini jimat tenaga eletrik. elektrik dialirkan ke lampu melalui induksi magnetik



21. Memento lamp


Lampu ini di design oleh Hiroshi Yoneya and Yumi Masuko. Berbentuk segi empat dan dihiasi atau sengaja di design dengan rangkaian angka-angka sehingga jika cahaya dinyalakan akan terbentuk bayangan-bayangan yang unik di sekitarnya. Lampu ini hanya dipasarkan di jepun.



22. LULL


Nama lampu yang cukup simple namun unik. Lampu ini di design mirip bunga yang boleh mengucup dan mengembang. Jika malam hari Casing dari lampu ini mengucup sedangkan jika pagi hari Casing dari lampu ini membuka dan lampu tersebut bersinar dengan intensitas cahaya yang cukup tinggi agar bisa membangunkan orang yang tidur, seperti pada gambar...


23. Blow Table Lamp


Pembuatnya cukup kreatif... Proses pencahayaannya berada tepat di dalam bola lampu.Untuk arah cahaya, boleh diatur oleh sebuah magnet yang ada di luarnya.



24. Mini Casette-tape Lamp


Di design oleh sekumpulan orang yang bekerja pada sebuah perusahaan "Transparent House". Lampu ini dibuat dari kaset-kaset lagu yang terpakai.

Kemudian kumpulan kaset tersebut dibuat sedemikian rupa untuk menjadi seperti segi empat. Di dalam segi empat tersebut dimasuakn sebuah lampu yang cahayanya membuat bayangan di sekitarnya tampak unik.



25. FlapFlap


Lampu ini di design oleh Hopf & Wortmann dari Jerman. Tanpa dijelaskan, korang semua pasti sudah tahu kan keunikannya. Design lampu ini seperti melayang. Lampu ini limited edition



26. Wiener Dog Lamp


Lampu ini berbentuk patung anjing namun bagian tengah badannya di design berbeza. Untuk badannya digunakan kaca bewarna kuning dan di dalamnya terdapat sebuah bola lampu..


27. Bulb Lamp


Lampu yang satu ini juga cukup unik kerana dibuat dan di design sedemikian rupa dengan sejumlah bola lampu bekas. Boleh dilihat pada gambar bahawa cahaya yang dihasilkan bersumber dari sebuah lampu yang dikelilingi oleh lampu-lampu bekas. Cahaya tersebut memancar ke sekumpulan lampu bekas lainnya dan menimbulkan efek cahaya yang bagus..


28. The NOD Light


Lampu ini digunakan sebagai lampu meja atau lampu tidur. Di design berbentuk kotak seperti rak barang / rak buku, kerana memang juga difungsikan sebagai rak buku atau rak barang-barang kecil. Harganya sekitar $220.


29. Tall & Tiny


Di design oleh Alice Rosignoli. Lampu ini cukup jimat tempat kerana memang bentuknya 2D dan tipis. Lampu ini dibuat dari 2 sticker-lamp Vinyl foil sehingga membuat lampu yang satu ini cukup unik.



30. Corner Lamp


Sesuai dengan namanya, lampu ini memang ditujukan untuk pojok ruangan. Boleh dilihat pada gambar bahawa designnya disesuaikan dengan pojok ruangan. Harganya sekitar $195.



31. Honeycomb



Di design oleh Kyouei Design Studio yang ada di jepun. 100% dibuat dengan kertas “denguri“, produk dari wilayah Shikoku Jepang.

Dinamakan Honeycamb kerana memang lentera atau lampion dibuat menyerupai sarang lebah. Lampu ini cukup mudah dibawa kemana-mana karena sifatnya yang mudah di pasang. Harganya sekitar $56.


32. The Clear Reading Lamp


Di design oleh Bureaudebank dari Belanda. Lampu ini sesuai buat lampu tidur terutama lampu baca, kerana lampu ini dibagi menjadi 2 bahagian sebagai ruang untuk rak buku..



33. Cord Lamp


Lampu ini di design oleh Nicolo Taliani dari Itali. Kelebihan lampu ini terletak pada pengaturan kabel lampu agar tak berserakan. Boleh dilihat pada gambar bahawa kabel diatur rapi pada sebuah tabung kaca yang juga difungsikan sebagai penyangga lampu.

Lampu ini terdiri dari 4 warna iaitu merah, putih, orange, hitam sedangkan Warna kabel juga mengikuti warna lampu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...