Tuesday, May 8, 2012


Penting sangat kah air kosong didalam badan kita?
Mari kita andaikan sistem badan kita ibarat sebuah engin kenderaan,apabila tangki air radiotar kenderaan kering, sertamerta overhetaing akan berlaku. Begitulah sebaliknya...Perlukah kita meminum air sebanyak 8 gelas setiap hari?
Ramai yang tidak tahu Mengapa 8 gelas?Dari mane datangnya nombor ajaib ini?

Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari.Ia mcadangkan "Pengambilan air yg digalakkan bg seorg dewasa ialah 2.5 liter (kita2 8 gelas) setiap hari"..Jumlaj 2.5L ini bdasarkan kiraan mL air diperlukan utk setiap kalori mkn yg diambil. (Kita mmerlukan kira2 2500 cal setiap hari).

Mengapa air sangat perlu?
ketika kita makan, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkn makanan berada di dalam perut untuk seketika bagi tujuan penghadaman.
Air yg diminum digunakan utk mjadikan mknan ini mjadi cecair. Setelah makanan mjadi lembut ianya akan dihantar ke usus utk tujuan serapan.

Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akn mengambil cecair dr darah, perut dan usus agar makanan yg hendak diproses akn menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Boleh kah kita bayangkan ape akan terjadi kepada sistem badan kita jikalau air x mencukupi?
Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada KUNING cair atau PEKAT.

Antara tanda kekurangan air termasuk:
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

So jangan kita tunggu sampai kita terasa haus baru kita hendak minum. kena mnum sentiasa. Setiap berapa jam skali, minum terus 2-3 gelas atau sampai penuh perut kita. Tiadanya had kita untuk mnum air sbenarnya.. mksud ny, minum sehari 8 gelas bukan lah hadnya, jadi mesti minum air sntiasa..

 p/s:selepas ni jikalau kita membuang air kecil, cuba kita pandang ke mangkuk tandas.lau jernih warna bak mutiara maknanya cukuplah air didalam badan kita. Tapi kalau warna dia oren, atau mcm2 color lain itu tandanya air tidak cukup d dalam badan dan buah pinggang pun boleh terjejas.jadi fikir2 ksn lah, kerana air adalah PENAWAR segala PENYAKIT....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...