Tuesday, September 13, 2011

Fakta ringkas


Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan. Semoga dapat menambahkan keimanan kita selaku Hamba Allah.

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Monday, September 12, 2011



1. Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

2. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

3. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka masa panjang.

4. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

5. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

6. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

7. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

8. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan aiskrim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

9. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

10. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecerdasan yang tidak disangka-sangka.

11. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

12. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

13. Air sejuk dalma rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

14. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

15. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

16. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

17. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

18. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

19. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

20. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

21. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

22. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

23. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

24. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

25. Air sejuk lebih peka dengan gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

26. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

27. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi satu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Sunday, September 11, 2011

Apakah benar rakyat Malaysia gila seks?




Apakah benar orang Malaysia Gila Seks? Kalau nak tanya diri sendiri mestilah jawapannya TIDAK. Siapa yang nak mengaku dirinya gila SEKS. Tetapi begitu banyak kes yang merujuk pada kelakuan seks yang terutamanya salah di sisi undang-undang sering kita baca atau dengar. Contohnya kes rogol yang memang kita tidak dapat nafikan telah meningkat setiap tahun. Boleh dikatakan senaskhah surat khabar memang tak sah kalau tidak menyiarkan berita kes rogol setiap hari. Contohnya, Kes yang terkini dan hangat diperkata- Cikgu rogol anak murid 10 Mei 2011


Fakta Pertama
1. Itu baru satu kes yang kita baca, cuba tengok pula statistik kes rogol (bagi semua kategori : bawah umur, remaja, berumur, dll) di seluruh negara dari tahun 2000 - 2008.
maklumat dari Persatuan Republik Melayu


Bil Tahun   Kes Rogol
1 2000         1217
2 2001         1386
3 2002         1431
4 2003         1324
5 2004         1698
6 2005         2431
7 2006         3098
8 2007         3414
9 2008         4959


fakta menarik : Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow, di Dewan Rakyat menyebut pada tahun 2007 sahaja 5.7 kes sehari di Malaysia ataupun hampir 1 kes rogol setiap 4 jam. Dan pada tahun 2008 dah meningkat kepada 13.7 orang sehari.
p/s - ini hanya rekod bagi kes rogol yang membuat laporan sahaja. Cuba bayangkan berapa banyak lagi yang tak dilaporkan dan direkodkan. Mesti dah berkali ganda..:-( renung2kan lah


Pada bulan Mac yang lain, Sidang Dewan Rakyat telah menyatakan "Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005" untuk berita penuh : Utusan Malaysia
Apa akan jadi dengan anak-anak bangsa kita yang tidak cukup umur ini tetapi telah dibayangi dengan trauma yang menghantui hidup mereka. Tidakkah semua perogol ini pernah fikri untuk kebaikkan anak-anak ini? Kenapakah mereka sanggup merosakkan masa depan anak-anak bijak pandai ini hanya untuk kepuasan mereka ?


Fakta Kedua
2. Satu survey yang dilakukan pada tahun 2010 oleh Durex (brand kondom) telah menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai budaya seks bebas ke-TUJUH paling tinggi di dunia.Buktinya : sengoti




Dari report Durex :
7. Malaysia
According to the Durex survey, sex culture generally conservative country, but a lot of controversy behind it is happening, one example: whether sex education should be held in college or not? Behind the controversy, by Durex, there are facts that indicate if the Malaysian people have a high level of horniness. For example: Minister-level officials (Health Minister) was forced to resign because of his sex scandal in January 2008.


Apa lagi yang kita nak katakan? Any komen ke tentang hal ini? Kita selalu sangka Jepun sepatutnya lebih tinggi dari kita tetapi mengikut survey ini, lain pula ceritanya ... Renung2kan


Fakta Ketiga
Satu data laporan yang diambil dari Nationmaster.com (2009) mengenai kes rogol di seluruh dunia telah menunjukkan Malaysia kini berada di tangga ke 38 bagi bilangan kes rogol yang direkodkan. Menurut blog Selangor2u "Mungkin sebagai sebuah negara Islam yang kita bangga, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan."


# 34 Switzerland: 0.0539458 per 1,000 people
# 35 Belarus: 0.0514563 per 1,000 people
# 36 Uruguay: 0.0512295 per 1,000 people
# 37 Lithuania: 0.0508757 per 1,000 people
# 38 Malaysia: 0.0505156 per 1,000 people
# 39 Romania: 0.0497089 per 1,000 people
# 40 Czech Republic: 0.0488234 per 1,000 people


Fakta keempat
Satu carian di Google Trend yang dilakukan oleh blogger untuk mencari tempat/kawasan di Malaysia yang paling ramai mencari mengenai "seks" pada Mei tahun 2010 - Mei tahun 2011.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
klik untuk besarkan image



Nampak orang di Klang yang paling banyak melayani enjin carian Google untuk pencarian mengenai "seks" dalam masa 12 bulan



Kali ini pula satu lagi rekod oleh Google mengenai KEYWORD "seks" apa yang paling ramai dicari di Google search sepanjang 30 hari yang lepas. Jangan terkejut dengan result analisisnya. Tak perlu kena explain la screenshot ni. Pandai-pandai la faham :-))

JADI apakah kalian semua? Adakah rakyat Malaysia gila seks? Kami sendiri pun tak tau tetapi semua terpulang pada anda semua :-)) Jangan STRESS!!!

p/s : semua ini bukan ingin menuding pada sesiapa pun yang mereka ni gila seks ke apa. Cuma kami sebagai rakyat Malaysia binggung selepas melihat pelbagai kes yang tidak diingini berlaku setiap hari. Lepas tu tengok post-post orang yang macam-macam pula pasal seks ni semua. Jadi, kami cuba ambil inisiatif untuk tengok sendiri. Kalo korang nak caya semua ni, caya la, kalo tak nak tu apa bole buat, semua ni hanya ambil dari teknologi, betul salah semuanya tak ada bukti yang sahih. sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...