Thursday, August 22, 2013

Sejarah Internet.


Sejarah Internet.

Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang tersambung bersama menerusi talian telefon. Asal usul Internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menyambungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, mesin tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin yang pertama telah disambungkan pada akhir tahun 1969.

Di Malaysia. Internet terlancar pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau Rangkom. Kemudian rangkaian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990. seterusnya pada tahun 1996, Telekom Malaysia pula menyediakan perkhidmatan Internet melalui TMnet.


Apa itu INTERNET,INTRANET dan EKSTRANET..

INTERNET

Internet bukanlah satu fenomena baru. Jaringan ini diasaskan oleh sekumpulan komputer yang di hubungkan bersama-sama dalam tahun 1960an sebagai projek Agensi Projek Penyelidikan Termaju (ARPA) oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada peringkat permulaan,ARPA menghubungkan empat komputer kerangka utama yang terletak di Stanford Research Institute,University of California di Los Angeles,Iniversity of California di Santa Barbara, dan University of Utah

Matlamat asal ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat diantara komputer tentera yang terletak di tempat-tempat yang berbeza melalui beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Keadaan talian komunikasi yang berulangan ini memang dijadikan sedemikian rupa supaya proses pemindahan data tidak terganggu sekiranya berlaku peperangan.

Oleh itu, fungsi komputer direka bentuk dalam keadaan tidak berpusat supaya tidak ada satu bahagian atau kawasan khusus yang dapat dimusnahkan ketika dalam suasana perang. Dalam tahun-tahun berikutnya lain-lain jaringan kerajaan dihubungkan kepada ARPANET dan keseluruhan jaringan tersebut membentuk internet.

Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat yang dinamakan National Science Foundation (NSF), dan lain-lain badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada internet. Semasa perkembangan awal sejarah internet , jaringan ini tidak digunakan dan tidak pernah direka bentuk untuk kegunaan komersial. Ini disebabkan pembanguna internet dibiayai oleh bantuan kewangan sepenuhnya dari NSF dan lain-lain agensi kerajaan.

Definasi paling mudah internet ialah kumpulan jaringan komputer. Dengan kata lain, banyak jaringan bersama-sama membentuk satu jaringan besar.

INTRANET

Apabila internet sudah bertapak kukuh,timbul pula ' anak' kepada internet. Teknologi yang diasaskan kepada teknologi dan topologi internet tersebut dinamakan intranet. Ia merupakan rangkaian dalaman bagi organisasi,termasuk penggunaan rangkaian setempat ( Local Area Network - LAN) dan rangkaian kawasan luas (Wide Area Network -WAN)

Intranet dibangunkan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang dibawakan oleh internet dan tetap menggunakan TCP/IP sebagai protokol utama proses komunikasi Pihak atau pelayar internet luar lingkungan rangkaian intranet tidak boleh mencapai rangkaian dan kandungan didalamnya. Keselamatan intranet ini dilindungi oleh penghadang keselamatan yang dinamakan firewall,iaitu gabungan perkakasan dan perisian yang menghalang capaian pihak luar yang tidak mempunyai kuasa capaian

Segala urusan pejabat yang dilaksanakan menggunakan kertas masa kini boleh ditukar secara elektronik dengan wujudnya intranet. Permohonan cuti tahunan, cuti sakit , penempahan kenderaan pejabat, tempahan peralatan IT, penempatan bilik mesyuarat dan miniman, tempahan alat tulis dan seumpamanya boleh dilakukan secara elektronik.

Pastinya kos dapat dijimatkan melalui kurangnya penggunaan kertas. Dokumen penting berkenaan pekerja seperti, dasar penilian prestasi, dasar kenaikan pangkat, perolehan bahan di perpustakaandan banyak lagi.

EKSTRANET

Selain internet dan intranet, terdapat satu bidang teknologi yang semakin mendapat tempat dikalangan bisnes hari ini, iaitu ekstranet. Bagi kalangan penggalak teknologi maklumat IT, ekstranet telah menjadi salah satu bidang yang hangat dibincangkan.Ekstranet dikatakan akan meningkatkan nilai pelaburan dalam teknologi berkaitan Web bagi syarikat terbabit.

Ekstranet sebenarnya satu rangkaian menggunakan World Wide Web (WWW) dan intranet dalam menguruskan rantaian pembekal serta rakan niaga. Rantaian pembekal adalah penting dalam proses bisnes yang menghubungkan pengeluar, peruncit, pelanggan dan pembekal.Rantaian yang membentuk satu rangkaian untuk membangunkan dan menghantar produk tersebut membentuk satu organisasi maya tersendiri.

Objektif akhir ekstranet ialah untuk meningkatkan keuntungan melalui pengenal pastian pengerak produk yang dihasilkan yang bermula dari barisan pengeluar sehingga sampain ke tangan pelanggan. Cara sebegini akan menyediakan petunjuk awal terhadap turun naik permintaan dan dapat menyediakan koordinasi proses bisnes merentasi sebilangan organisasi yang saling bekerjasama.

Ekstranet merupakan elemen terpenting dalam membangunkan konsep perdagangan elektronik (e-elektronik). Intergrasi e-dagang dan ekstranet dapat mengubah kaedah bisnes dilaksanakan secara dalaman dan bisnes bekerja antara satu sama lain dalam kaedah yang lebih efektif.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...