Sunday, May 27, 2012

Adab Menguruskan Sisa Kuku dan Rambut


Walaupun tidak diwajibkan memandi rambut atau kuku atau sebagainya yang terpisah dari badan kita itu, namun kita disuruh agar menghormatinya. Kerana itu, menurut ulamak, sebaiknya rambut, kuku atau sebagainya yang kita buang dari badan kita, hendaklah kita ambil dan kita tanam.

Mil binti Misraj menceritakan Bapanya Misraj -seorang sahabat Nabi- apabila ia memotong kuku, ia akan menghimpunnya, kemudian ia menanamnya. Ia berkata; “Begitulah aku melihat Rasulullah melakukannya”. (HR Imam al-Baihaqi dalam Syu’abil-Iman, hadis no. 6068)

ia menepati ayat al-Quran yang menyebutkan kemuliaan manusia iaitu firman Allah (bermaksud): “Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah memuliakan anak-anak Adam (manusia)” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Jika susah untuk menanamnya, hendaklah kita letakkan di tempat yang tersembunyi dari orang lain. Ini sebagaimana Rasulullah menyuruh Abdullah bin Zubair supaya mengambil darah bekamnya dan membuangnya di tempat yang tidak dilihat orang lain.

Dalam Sunan Kubra (Imam al-Baihaqi), diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair yang menceritakan; “Rasulullah telah berbekam, lalu ia memberi darahnya kepadaku dan berkata; ‘Pergi dan buangnya di tempat yang tersembunyi yang tidak ditemui oleh binatang buas, anjing atau manusia’” (Sunan al-Kubra, Imam al-Baihaqi, hadis no. 13789)

Adapun rambut yang gugur dengan sendiri tanpa kita menyedarinya, kita tidaklah disuruh mencari dan menghimpunnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 5/208, Kitab al-Janaiz.
2. Fatwa dari laman (Islamweb.com), no. 119428, 9187.

Oleh: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Ahli Panel Syariah HPA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...