Wednesday, December 21, 2011

WANG SYILING DAN KERTAS KELUARAN BARU BNM 2012

Assalamualaikum,baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan yang akan mengeluarkan reka bentuk wang kertas dan syiling yang baru secara berperingkat.BNM akan mengeluarkan reka bentuk baru untuk wang kertas RM1, RM5, RM10,RM20 dan RM100 dimana mengeluarkan kembali wang kertas RM20. BNM juga akan mengeluarkan reka bentuk baru siling 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen..

REKABENTUK DUIT SYILING

Motif untuk syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen menampilkan empat belas titik atau ‘dots’ melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan. Motif untuk 50 sen mempunyai 5 garis melintang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

IKON UNTUK DUIT SYILING

50 sen Sulur Kacang

20 sen Bunga Melur

10 sen Orang Asli Motif

5 sen Destar Siga







Dimana siling akan berubah jadi macam ni
.......
....
..



WANG KERTAS TERBARU JUGA AKAN MENGALAMI REVOLUSI
((rumour))
RM100 bermotifkan gunung kinabalu

RM50
aikk..sama je y rm50 ni??a'aa..rm50 xakan tukar design dia sebab ni dah design baru..

RM20 bermotifkan penyu

RM10 bermotifkan rafflesia

RM5 bermotifkan enggang

RM1 bermotifkan wau





Rumusan:Duit siri baru ni bahagian depan nya kebanyakan sama macam RM50 sekarang nii.Terdapat bunga raya dan warnanya 3warna berperingkat pudar


Thursday, December 8, 2011

Fakta Tentang Kentut


 22 Fakta Tentang Kentut


1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara ‘transmitter’ dengan ‘receiver’. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender… Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut “morning thunder”. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12.. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak… sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada… konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Friday, December 2, 2011

Pengekalan Berat Badan Melalui Solat ...TAK PELIK TAPI BENAR!


PERINGATAN: SOLAT SEMATA2 UTK MENGHADAP ALLAH SWT BUKAN UTK REZEKI, BERAT BADAN DAN LAIN2 TUJUAN DUNIAWI. MARILAH KITA MELAKUKAN SOLAT FARDU DAN SOLAT SUNAT DENGAN IKHLAS DAN HARAP2 KITA SENTIASA BERHARAP DAN BERSERAH KEPADA ALLAH DENGAN ERTI KATA YANG SEBENAR. ARTIKEL INI HANYA SALAH SATU KAJIAN ILMIAH YANG DIDAPATI DI SINI....CLICK DI SINI UTK SUMBERNYA


Bagaimana solat membantu sebagai satu kaedah kerehatan tubuh? Pergerakan yang sering anda lakukan sejak kecil sehingga kini telah menjadi satu perbuatan tanpa sedar. Setelah mengangkat takbir, tahu-tahu dah selesai solat. Hanya anda yang tahu sama ada hadir atau tidak hati dalam amalan solat anda sebentar tadi. Pemahaman dalam bacaan dapat membantu khusyuk dalam solat.

Setelah anda mengangkat takbir, anda telah menyambung talian online dengan Allah S.W.T. Anda membayangkan bagaimana Allah S.W.T menjaga anda semasa anda di dalam rahim ibu. Kedudukan kedua belah tangan yang dirapatkan ke dada dan kaki yang membengkok untuk menempati ruang di dalam rahim ibu. Anda berjanji sesungguhnya hidup dan mati hanya kerana Allah S.W.T. Alangkah ruginya sekiranya tiada peningkatan di dalam solat.

Tanyakan pada diri sendiri: "Adakah kualiti solatku tadi lebih baik dari sebelumnya"?

Saya pasti anda ingat rukun solat iaitu:

1. Niat
2. Takbir
3. Berdiri
4. Membaca al- Fatihah
5. Ruku'
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk di antara dua sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam

Mazhab Syafie' menambah rukun solat dengan:

1. Toma'ninah
2. Tertib
3. Berturutan.

Perbuatan solat dimulakan dengan hati iaitu niat, diikuti dengan pergerakan anggota iaitu berdiri, ruku', sujud, duduk di antara dua sujud kemudian diikuti dengan perbuatan dengan lidah iaitu membaca al-Fatihah, selawat ke atas Rasulullah dalam tahiyyat akhir dan ucapan salam.

Cuba kita hayati maksud pesanan Rasulullah S.A.W mengenai pergerakan solat:



Quote:
Dari Abu Humaid A.S Sa'idi r.a berkata: "Aku mengingat solat Rasulullah S.A.W lebih baik daripada siapa pun di antara kalian. Aku melihat nabi S.A.W mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahunya dan mengucapkan takbir, dan ketika ruku' nabi S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lututnya dan punggungnya membungkuk lurus, kemudian setelah bangkit dari ruku' nabi S.A.W berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal. Ketika sujud, nabi S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat. Ketika duduk pada rakaat kedua, nabi S.A.W duduk di atas kaki kirinya dan menyangga kaki kanannya dan pada rakaat terakhir nabi S.A.W menekan kaki sebelah kirinya ke depan dan menopang kakinya sebelah kanan dan duduk di atas punggungnya. (1:79 Shahih Bukhari)
Kupasan adalah berdasarkan pemahaman fisiologi struktur badan manusia dan kajian saintifik mengenai kebaikan pada perubahan kedudukan tubuh dan amalan Rasulullah S.A.W yang diulas dari sudut pemahaman sains. Ia merangkumi:

01.APLIKASI TEKNIK RELAKSASI

Fokuskan pada pernafasan. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam tempoh 30 saat. Bacalah satu ayat surah al-Fatihah dengan menarik nafas dan hembuskan nafas bersama satu ayat al-Fatihah. Contohnya: Tarik nafas yang dalam (deep breathing) dan sebut Bismillahirrahmanirrahim sambil menghembus satu nafas yang panjang.

Anda juga boleh mengira tarik nafas dengan kiraan 8 dan hembuskannya perlahan-lahan dalam kiraan 7.

02. MENGANGKAT KEDUA TANGANNYA SEJAJAR DENGAN BAHU
Pergerakan ini akan melenturkan otot-otot trapezius kanan dan kiri. Otot-otot ini yang kerap menyebabkan kesakitan di bahagian tengkuk. Cuba lakukan pergerakan ini perlahan-lahan sehingga anda merasa regangan pada bahagian otot-otot ini. Otot trapezius melekat pada dasar tengkorak, pada bahagian tulang yang menonjol tulang belikat (scapula bone)dan pada bahagian tengah tulang belakang. Otot-otot ini melekat di bahagian tepi tulang belakang dari C1 hingga tulang thorasic.

03.MELETAKKAN KEDUA(TELAPAK) TANGAN NYA DIATAS DUA LUTUT&PUNGGUNG MEMBUNGKUK LURUS.
Bentuk tulang belakang pada posisi normal adalah berbentuk S terbalik dari sisi. Bahagian belakang adalah di antara bahagian tengkuk dan pinggang sedikit membonjol keluar. Bahagian punggung akan menonjol keluar juga dari sisi.

Sekiranya anda membongkok, ia akan membentuk sturktur S terbalik. Bagaimana membungkuk lurus?
Bahagian belakang akan membongkuk lurus apabila anda menolak kedua-dua bahagian bahu ke atas dan menarik bahagian atas pinggang ke bawah. Ini adalah satu cara regangan otot-otot bahu dan otot-otot pinggang.

04.BERDIRI TEGAK
Berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal.
Seperti yang telah saya gambarkan kedudukan belakang dari tepi. Bentuk tulang belakang seperti S terbalik. Kedudukan ini adalah posisi normal. Di mana bumi mempunyai tarikan graviti Kedudukan tulang belakang seperti ini merupakan kedudukan belakang yang paling stabil pada setiap jaluran otot-otot belakang.

Tahukah anda bahawa terdapat empat (4) lapisan otot-otot belakang? Terdapat dua lapisan otot untuk sokongan tulang-tulang supaya ia melekat. Manakala dua lapisan otot lagi untuk tujuan menampung berat beban. Subhanallah...

Kedudukan pada posisi normal adalah kedudukan yang perlu anda kekalkan posturnya. Ia merupakan satu kaedah pencegahan sakit belakang. Tidak kira samada anda di dalam posisi berdiri atau duduk.

05.KETIKA SUJUD
Ketika sujud, nabi Muhammad S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat.

Semasa sujud, tumpukan berat badan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan perut anak jari kaki. Dengan melekatkan kedua (telapak) tangan di atas tanah memberi kerehatan pada otot-otot lengan bawah dan tangan. Membengkokkan siku dan pergerakan bahu memberi kesan kerehatan pada sendi pergelangan tangan, siku dan sendi baru.

Jari jemari kaki sepatutnya menghadap ke arah kiblat. Kebanyakan orang membiarkan jari jemari tegak tanpa di membengkokkan jari jemari kaki ke arah kiblat. Kedudukan kaki begini memberi kerehatan dan kesan regangan otot-otot tapak kaki. Justeru, ia juga akan menguatkan struktur urat-urat kaki untuk menampung berat badan.

06.KEDUDUKAN PADA KETIKA TAHIYAT AWAL&AKHIR
Kedudukan ini akan memberi lebih ruang pada bahagian jantung dan perut yang terletak di bahagian kanan dada. Kedudukan duduk pada kaki kiri dan menopang kaki kanan akan membantu pergerakan usus yang lebih lancar. Beberapa kedudukan di dalam solat dengan pembuktian saintifik membantu meningkatkan aliran darah ke alat kelamin lelaki dan menaikkan peranakan wanita.

Bagaimana sepatutnya dilakukan untuk memperolehi kesan yang maksima untuk tujuan tersebut?

Cuba anda bangun dari kedudukan sujud untuk berdiri dengan menekan pada telapak tangan dan ke semua jari jemari anda yang dibengkokkan ke arah kiblat. Anda akan merasa kesan panas pada bahagian dada, betis, peha dan bahagian kelamin anda.

Bagi kaum wanita, pergerakan ini menaikkan dan menguatkan serta mengetatkan otot-otot peranakan dan lantai rahim.
Pada kebiasaannya, punggung akan ditolak ke atas dahulu untuk peralihan pergerakan sujud kepada kedudukan berdiri tegak.

Ringkasan Pergerakan Solat Mengikut Amalan Pergerakan Solat Rasulullah S.A.W.

Langkah 1

Pastikan anda berdiri tegak. Betulkan kedudukan berdiri pada posisi normal. Kedua- dua belah kaki perlu mengimbangi kedudukan berdiri tegak. Jarak kaki kanan dari titik tengah sama dengan jarak kaki kiri dari titik paksi bumi dalam kedudukan berdiri tegak.

Langkah 2

Kedudukan kedua belah tangan bersudut 90 darjah dan di letak di atas dada merupakan kedudukan kerehatan sendi siku. Kedudukan tapak tangan kiri di bawah tapak tangan kanan di atas dada sebelah kiri sedikit.

Jantung seolah-olah berada di bawah tapak tangan anda. Dengan sedikit tekanan ke dada, anda dapat merasakan denyutan jantung anda di bawah telapak tangan anda. Ini merupakan kedudukan tangan untuk CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) sebagai satu prosedur menyelamatkan nyawa.

Langkah 3

Cara ruku' mengikut cara Rasulullah S.A.W ruku'. Kedudukan belakang membentuk 90 darjah. Anda hanya akan dapat melakukan kedudukan belakang yang lurus dengan menarik pinggang ke dalam.

Kedudukan belakang berbentuk S terbalik. Apabila anda ruku', bentuk belakang akan masih berbentuk S terbalik melainkan anda mengangkat kedua bahu ke atas dan menarik pinggang ke dalam.

Kedua telapak tangan diletakkan di atas tempurung lutut anda. Anda perlu menekan kedua-dua lutut dan kedudukan ini akan memberi kesan regangan di keseluruhan kaki anda.

Ini memberi kesan regangan pada bahagian belakang betis dan peha.

Langkah 4

Kedudukan ketika sujud.

* Tumpukan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, kedua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak ibu jari kaki.
* Anda perlu merendahkan dada dan merasa lutut menekan ke dada anda.
* Ingatlah pada kedudukan ini anda paling hampir kepada Allah S.A.W.
* Otak anda pada paras terendah tubuh. Kajian menunjukkan pada kedudukan sujud, otak menjana gelombang alfa iaitu gelombang ketenangan
* Tekanan di dada akan menekan jantung dan kawalan pernafasan akan membantu lebih banyak darah dialirkan ke otak.

Langkah 5

Bangkit dari sujud.

* Kebiasaannya, punggung akan ditolak naik terlebih dahulu, sepatutnya anda perlu menekan pada 7 anggota sujud untuk berdiri.
* Angkat dahi dan lutut dengan menekan kedua tapak tangan dengan siku mengbengkok keluar dan kedudukan belakang yang lurus.
* Bergerak ke kedudukan tegak dengan menekan kedua tapak tangan dan perut ibu jari kaki, anda akan merasa tekanan pada kedua betis dan bahagian ari-ari menekan ke atas.
* Ini merupakan satu senaman yang baik untuk mengalirkan darah lebih banyak ke bahagian bahagian sulit. Baik untuk lelaki dan wanita. Bagi lelaki ia membantu aliran darah lebih banyak ke bahagian zakar dan prostate. Bagi kaum wanita pergerakan ini membantu menguatkan otot-otot peranakan.

Langkah 6

Duduk di antara dua sujud.

* Tumit menekan pangkal peha dan ibu jari kaki kiri ditegakkan pada perut ibu jari. Secara automatik, menegakkan ibu jari kaki akan menegakkan anak-anak jari yang lain. Ini merupakan senaman untuk urat-urat kaki.
* Tekanan tumit pada pangkal peha dan betis akan menekan pada saraf safenus iaitu saraf utama untuk keseluruhan kaki anda.

Langkah 7

Menoleh kepala ke kanan dan kiri

* Cuba lakukan perlahan-lahan dan kekal ke kanan dengan kiraan 8 dan baru menoleh ke kiri pula, sekali lagi kekalkan dengan kiraan 8. Pasti anda akan merasa kesan regangan otot-otot bahu anda.

Tuesday, November 29, 2011

REVOLUSI BASIKAL DUNIA



Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali diEropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.

Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).


DRAISINE (Wooden draisine)
KARL VON DRAIS
GERMANY
1818


TWO-WHEEL VELOCIPE
THOMAS MCCALL
SCOTLAND
1830


PEDAL BICYCLE
PIERRE MICHAUX
FRANCE
1860


HIGH-WHEEL
JAMES STARLEY
FRANCE
1870S


SAFETY BICYCLE
JOHN KEMP STARLEY
ENGLAND
1885


------
Plymouth, ENGLAND 
EARLY 20TH CENTURY


RACING BIKE
----
USA 
1960S


MOUNTAIN BIKE
----
USA
MID 1970S


MODERN BIKE
21THCENTURY


ELECTRIC BIKE
15 to 20 miles per hour (24 to 32 km/h) 
SINCE 1998



FUTURE BIKE
----
---------


TERHANGAT JALAN-JALAN SEKARANG

Monday, November 28, 2011

KHASIAT AIR KELAPA



(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambah lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi . Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam , badan mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air di dalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada di dalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet . Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman di dalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.

Wednesday, October 19, 2011

Meera House, Rumah Dengan Atap Hijau dan Kolam Renang Tembus Pandang






Cuba lihat bagaimana arkitek meletakkan taman di setiap atap lantai yang ada sehingga tidak hanya membuat sistem "Atap hijau" menjadikan rumah ini sejuk tetapi juga cantik kelihatannya.

Apalagi ditambah dengan kolam renang tembus pandang, siapa  yang tidak mahu tinggal di rumah seperti ini








wahh..cantik rumah ni..kalo di beri pilihan nk je umah mcam ni...tp cos pn mahal r kan??

GAMBAr jambatan yang menarik


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...