Showing posts with label Kehidupan sosial kini. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan sosial kini. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

BUnuh gara-gara tidak mahu pakai selipar..

semakin hari semakin banyak benda-benda pelik yang berlaku kat dunia ni dan xterkecuali di bumi Malaysia yang kita sayang ini..macam kes bunuh yang berrlaku kerana farmville laa..kerana facebuk dan yang xlogik dek akal kerana nk xpakai selipar..aduii apa nk jadi ngan duni akhir zaman nii....JOm la LaYaNnNN..
sumber:mintak tolong ngan pakcik google

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, semalam, diberitahu bahawa pemandu teksi yang dituduh membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, dilihat memijak perut dan menyepak bahu kiri seorang budak di padang Batu 30, dekat Batang Kali, pada petang 25 Februari lalu, hanya kerana kanak-kanak itu enggan memakai selipar.
Saksi pendakwaan keenam, Ahmad Fikrihalis Zakaria, 19, berkata dia melihat tertuduh , Mohd Fazli Azri Jamil, 28, berbuat demikian ketika melewati padang itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas terbabit dengan tugas menghias rumah sukan di sekolah.
Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor itu berkata, Mohd Fazli yang dikenalinya dengan nama panggilan Mat menyuruh budak itu kembali bangun selepas terpelanting akibat disepak, tetapi kanak-kanak itu tidak berdaya berbuat demikian.
Katanya, melihat kejadian itu, dia kemudian menawarkan diri untuk mengangkat dan meletakkan kanak-kanak malang itu ke dalam teksi milik Mat dan sempat mendengar kanak-kanak itu mengeluh kerana sakit.
Dia berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes Mohd Fazli yang didakwa membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.
Bagi perbuatan itu, Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani, Halim Mohd Rashid dan Zureen Alina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.
IDHAM: Apakah suasana ketika kamu tiba di padang itu pada petang 25 Februari?
AHMAD FIKRIHALIS: Ada budak bermain bola sepak.
IDHAM: Apabila kamu nampak Mat memijak perut seorang budak. Apakah tindakan kamu?
AHMAD FIKRIHALIS: Saya patah balik. Saya pergi ke padang.
IDHAM: Apa berlaku selepas itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Mat nampak saya. Dia kata, kau pernah nampak budak kena terajang? Jarak antara kami ketika itu hanya kira-kira 10 meter.
IDHAM: Apa berlaku selepas itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Saya berhentikan motosikal. Saya kata, apa ni Mat, dia budak kecil.
IDHAM: Selepas itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Mat tidak cakap apa-apa, tetapi dia terus sepak bahu kiri budak itu.
IDHAM: Masa dia pijak perut, budak itu dalam keadaan macam mana?
AHMAD FIKRIHALIS: Ketika dia sepak budak itu, kanak-kanak itu duduk atas tanah dengan kaki lurus ke depan, manakala kedua-dua tangganya di belakang badan.
IDHAM: Macam mana tertuduh tendang budak itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Dia tendang dengan cara yang amat kuat.
IDHAM: Apa jadi selepas dia tendang budak itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Budak itu terpelanting ke belakang.
IDHAM: Apa reaksi budak itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Dia tidak menangis.
IDHAM: Selepas tertuduh sepak dan budak itu terpelanting dia suruh budak itu bangun. Budak itu tak larat nak bangun. Mat jinjing tangan budak itu. Dia lepas (tangan). Budak itu jatuh balik.
AHMAD FIKRIHALIS: Selepas itu saya tanya kepada tertuduh, Apa hal ni Mat? Dia bagi alasan budak itu tak mahu pakai selipar.
IDHAM: Apa terjadi selepas itu?
AHMAD FIKRIHALIS: Saya katakan kepada tertuduh, biar saya angkat mangsa. Saya angkat budak itu, saya bawa dia ke dalam teksi milik Mat. Teksi itu ada di tepi padang.
IDHAM: Bagaimana kamu angkat budak itu.
AHMAD FIKRIHALIS: Saya angkat dengan menggunakan kedua-dua tangan saya dan dia sempat berkata kepada saya dia sakit.
Saksi kemudian berkata, tertuduh kelihatan marah apabila beberapa lelaki yang sedang bermain bola sepak menghampiri mereka untuk menghulurkan bantuan dan bergegas meninggalkan tempat kejadian dengan memandu teksinya itu.

Friday, October 15, 2010

Lelaki dirogol tiga wanita bergilir-gilir

 

HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut. Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.

Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Monday, October 4, 2010

MaT REmPiT menJAna EKonOmi NEGaRA




Kita semestinya sudah sinonim dengan perkataan mat rempit..malah sudah lali di telinga,samaada media elektronik dan cetak ia itu dalam setiap muka akbar dan juga peti2 telivisyen,pasti terpampang perkataan MAT REMPIT,MAT REMPIT,MAT REMPIT lama kelamaan seolah2 gejala ini sudah biasa bagi kita.....
disini xnk citer panjang2 mengenai mat rempit kerana semua orang sudah mengetahui sedikit sebanyak mengenainya....apa yang menarik kita selalu dengar mat rempit ni menimbulkan banyak masalah pada negara..
samaada masyarakat,polis,keselamatan,sosial dan sebagainya.....
tetapi kita juga terpaksa akui samaada mahu atau tidak bahawa mat rempit ni sebenarnya MENJANA EKONOMI NEGARA,bukan niat untuk mengangkat martabat golongan ini tapi ini hanyalah sekadar pandangan secara terbuka penulis saja untuk dikongsikan...nak tahu kenapa???jom follow sampai habis..





(gambar sekadar hiasan)




1.ALAT GANTI MOTOSIKAL
Mungkin tidak terfikir di lubuk fikiran kita bagaimana ia dapat menjana ekonomi negara....golongan mat rempit ini kebisaanya akan mengubahsuai motosikal mereka dengan menigkatkan had laju motosikal masing2..secara langsung mereka akan membeli sparepart yang mereka hendaki di kedai2 alat ganti yang berhampian..dimana golongan ini akan mengubahsuai dri bahagian depan motor hingga lah sehujung2 motor itu,dan xterabai juga di bahagian enjin yang sememangnya menjadi nadi utama dalam rempit...
sebagai contoh caburater,block,head,granshaf,coverset,exzos,rim,tayar,minyak 4t,2t,spoket,tiub,terutama gasket..
selain itu dari barang biasa sehinnga lah barang2 racing yang menjadi tumpuan mereka ini...
apabila dihitung jika mereka membeli satu tiub yang berharga rm5 satu..jika 10 orang beli??sudah menjadi rm50,itu pula bagi satu hari bagi sebuah kedai..bayangkan lah jika 1bulan sudah rm150 bagi satu kedai,jika terdapat 500 kedai dalam negeri itu??di darab pula dengan 14negeri di malaysia ini,barapakah keuntungan yang negara dapat????bayangkan jika ditambah dengan barangan2 lain lagi,,semestinya ia membawa keuntungan pada ekonomi negara jika pada fikiran positif kita...
.......bukan saja negara kita yang mendapat manfaat ini,malah negara jiran kita seperti taiwan,japan,dan khususnya thai menjadi tumpuan para pengemar aksesori motor ini....kerana dikatakan terdapat banyak pilihan dan murah berbanding ditempat kita...




2.KOS PERUBATAN
Dari segi perubatan pula pihak2 klinik2 dan hospital swasta mendapat manfaat ini,ia kerana apabila berlaku sesuatu kemalangan samaada ringan atau teruk pesakit ini terpaksa mendapat rawatan di klinik2 swasta kerana faktor lebih cepat berbanding dari hospital kerajaan yang terpaksa memakan masa yang agak lama..justru itu klinik2 ini akan mengenakan caj yang agak mahal berbanding hospital kerajaan,wlaupn caj agak mahal dikenakan pada pesakit berbanding dengan ubat dan perkhidmatan swasta,mereka lebih menyukainya kerana menganggap klinik swasta lebih mujarab ubatnya berbanding dengan perkhidmatan hospital kerajaan..menggunakan sifir yang sama seperti diatas tdi...jika caj yang dikenakan setiap pesakit adalah rm50 jadi kita dapat hitung berapa keuntungan klinik2 dan hospital swasta ini dalam tempoh sebulan dan tahun....



3.INDUSTRI PERFILEMAN
Industri perfileman tidak terkecuali mempunyi kesan dalam aspek ini..tahukah anda gara2 gejala rempit ini telah menyebabkan industri negara mendapat keuntungan yang berganda dalam industri ini,serta mencatatkan sejarahnya yang tersendiri..antara filem2 yang memaparkan watak mat rempit ialah; REM-IT,ADNAN SEMPIT,BUDAk KELANTAN,BOHSIA tahukah anda bahawa filem Remp-It arahan penerbit filem terkenal Metrowealth, David Teo mampu mengutip RM2.7 juta dalam masa 10 hari sahaja,ia adalah satu sejarah yang baru dicipta dalam industri perfileman kita..satu rekod yang cukup membanggakan. Inilah satu-satunya filem tempatan yang mampu mencapai kutipan box-office pada tahun itu dan jumlah keseluruhan kutipan adalah sebanyak Rm4juta..
.........Kejayaan REMP-It ini julung2 kali dikecapi.oleh filem melayu sejak empat tahun kebelakangan ini dan pihak pawagan dengan senang ati memberi peluang REMP-IT disambung tayangan untuk seminggu lagi....
Manakala filem ADNAN SEMPIT juga mengekori jejak langkah filem rem-it dimana Pada hari pertama tayangannya saja, jumlah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM510,000 berbanding kutipan filem Jangan Pandang Belakang iaitu RM480,000. Malah pada hari Sabtu saja, jumlah penonton yang menyaksikan mencecah angka 100 ribu seterusnya berjaya mengutip sebanyak RM950,000 pada malam sabtu tersebut dan ini juga adalah satu sejarah buat industri perfileman tempatan...
......Jumlah kutipan ini takkan berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak.“Sambutan baik ini bukan saja dari pawagam bandar besar tetapi juga di bandar-bandar kecil.Di Sitiawan, Perak misalnya jumlah penonton sebanyak 1600 orang. Manakala di Bahau, Negeri Sembilan, jumlah penonton adalah sebanyak 1000 orang..Inilah apa yang penulis ingin cuba terangkan bahawa mat rempit menjana kewangan negara...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...